Gambar mata kail 

Ekspresif:

Ekspresif memberi definisi iaitu penekanan kepada keindahan, kecantikan dan kehalusan teknologi tersebut. Walaupun dalam konteks teknologi kail nilai ekspresifnya hanya terbatas kepada fizikalnya sahaja namun ini tidak mengatakan ianya tidak mempunyai kualiti.
Cuba kita memberi perhatian kepada mata kail iaitu dari segi material yang digunakan dari zaman kuno. Mata kail yang biasanya berbentuk huruf “j” tersebut telah wujud pada 40 ribu tahun yang lalu dan terbuat dari tulang dan kayu. Dari bahan tulang dan kayu itu mempunyai nilai keindahannya tersendiri bukan sahaja dari bentuknya yang berupa huruf “j” bahkan dari segi strukturnya yang unik dan menarik. Bentuknya yang mencangkung itu membolehkan ia mengait sesuatu dan sukar untuk mangsa melepaskan diri kerana sifatnya yang mengait (mengencang) itu. Setelah itu, materialnya pun berubah mengikut peralihan zaman iaitu dari tulang dan kayu kepada material high-carbon steel dan stainless steel. Mata kail moden ini mempunyai nilai estetikanya tersendiri bukan sahaja dari segi warnanya yang berkilau (Chrome/Silver) namun dari kualiti bahannya yang bagus iaitu kuat dan anti-karat.



Simbolik :

Dari segi simboliknya, dapat dilihat pada pantang larang yang terdapat dalam memancing. Pantang larang yang hadir di kalangan kaki pancing merupakan suatu petanda supaya tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh nenek moyang kita. Kewujudan pantang larang ini ada maknanya tersendiri. Misalannya, dalam unsur pantang larang seperti memakai kasut atau selipar dalam bot. Ada yang beranggapan benda-benda di bawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar dan kasut, tambahan lagi ada beranggapan tangkapan akan meleset. Secara logiknya, jika pemancing itu memakai selipar dalam bot dalam keadaan lantai bot yang licin mungkin akan menyebabkan pemancing itu tergelincir dan menjadi penghalang kepada pemancing itu untuk melaksanakan tugasnya. Dengan secara automatiknya tangkapan ikan akan berkurangan oleh sebab kekurangan seorang ahli pancing dalam bot tersebut. 

Perincian mengenai Pantang Larang semasa memancing



Dalam konteks lambang sosial pengail boleh dibahagikan kepada dua iaitu golongan professional dan golongan amatur. Pengail amatur selalunya peralatan mereka hanya sederhana sahaja. Peralatan mereka tidak mahal disebabkan sukan mengail ini hanya sekadar hobi sahaja. Bagi pengail professional pula selalunya menggunakan peralatan kail yang bagus dan mahal. Selalunya pengail golongan ini orang yang kaya dan berkemampuan.
Perumpamaan Jenama Shimano = iphone5
Misalnya jenama “Shimano”, jenama ini ibarat jenama Iphone 5 dikalangan masyarakat umum. Shimano sangat dikenal dikalangan komuniti pengail, ini disebabkan kemantapan fungsinya dan kemahalannya. Oleh itu, hanya pengail profesional sahaja selalunya membeli jenama sebegini. Jenama “Shimano” merupakan sebagai satu simbolik kepada pemberian kelas dalam komuniti pengail kepada pengail amatur dan pengail profesional.



No comments:

Post a Comment